Thursday, April 30, 2009
INDUKSI DI TRIPICAL INN JB...KUMP. 1 BIL5 2009
Monday, April 27, 2009
RAHSIA NOMBOR PERIBADI.....
RAHSIA KELAHIRAN DALAM BULAN ISLAM
Saturday, April 25, 2009
Rahsia personaliti warna melalui tarikh lahir....
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.
Rahsia Jenis Darah Dengan Personaliti Anda
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..
DARAH O Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Wednesday, April 15, 2009
BIRO TATANEGARA APRIL 09 DI KBN HUTAN PERCA ALOR GAJAH MELAKA.
MENYEDARI MARUAH BANGSA
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Sesiapa yang mengikuti program Biro Tatanegara (BTN) sudah semestinya akan menyanyikan lagu ini. Setidak-tidaknya lirik lagu Warisan pasti dibawa balik bersama risalah-risalah BTN yang lain yang dimuatkan di dalam fail program. Mungkin lagu ini agak kurang sesuai didendangkan di corong-corong radio apatah lagi diperdengarkan di televisyen atas alasan menjaga sensitiviti kaum lain, namun sebagai seorang yang berbangsa Melayu kita sepatutnya menghafal dan menghayati lirik lagu ini.
Mengetahui lagu Warisan dan menghafal lirik lagu ini bukannya untuk mengajak orang Melayu terus alpa dan leka dengan lagu dan hiburan tetapi sebenarnya untuk mengajak bangsa Melayu kembali menjadi bangsa bertuan di tahan air sendiri. Dalam erti kata yang, penghayatan kepada lirik lagu ini sebenarnya menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan di mana kedudukan kita pada masa sekarang. Kita sering melaungkan ungkapan Ketuanan Melayu!, hakikatnya apakah Melayu masih menjadi tuan atau Melayu bertuankan bangsa lain?
Melihat kepada lirik lagu Warisan memang cukup ringkas, tiada bahasa atau ayat yang sukar untuk kita fahami. Bahasanya srtaight forward, sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan faham apa yang cuba disampaikan. Kita diceritakan bagaimana pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita mempertahankan tanah air daripada orang asing. Ungkapan Nenek moyang kaya raya jelas menggambarkan kepada kita suatu ketika dahulu, hasil penat lelah, ketekunan dan semangat yang tinggi bangsa Melayu telah menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani rakan dan lawan.
Kuasa ekonomi dan kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Melayu sebagai kaum peribumi di bumi bertuah ini.
Namun generasi selepas itu gagal pempertahankan segala usaha yang dilakukan sebelum ini. Kini kita banyak berbalah sesama kita terutamanya dalam soal perebutan harta, kekayaan, jawatan, pangkat dan lain-lain. Sama ada sedar ataupun tidak, sikap generasi sekarang yang tamakkan harta, kekayaan dan kuasa akhirnya menyebabkan segala yang diwarisi daripada nenek moyang kita jatuh ke tangan orang lain. Benarlah serti yang tercatat dalam ungkapan, hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri.
Jelas sekali kini, segala kekayaan turun temurun milik nenek moyang kita kini diwarisi oleh bangsa lain. Bangsa Melayu sebagai bangsa bermaruah, yang memiliki kuasa dan kekayaan suatu ketika dahulu kini cuma tinggal satu sejarah. Penyebab utama tidak lain tidak bukan adalah kerana sifat tamak, malas untuk berusaha dan cepat terpengaruh.
Akibatnya, bangsa Melayu kini dilihat sebagai bangsa dan tidak mahu bersaing dan suka berbalah sesama kita. Dalam mencari kekayaan, bangsa Melayu lebih suka menjadi kaya dengan cara yang mudah dan malas berusaha. Sebagai contoh, untuk menjadi jutawan mereka akan menjual tanah milik mereka kepada bangsa lain.
Sedangkan jika tanah tersebut diusahakan, hasilnya berlipat kali ganda.
Kita masih bermegah dengan status kita sebagai peribumi / bumiputera tetapi kita lupa di saat kita mendakwa tanah yang kita pijak adalah milik nenek moyang kita tetapi hakikatnya bumi dipijak milik orang. Kalau dahulu, bangsa lain terpaksa meminta-minta, menadah tangan kepada kita agar diberikan kebenaran menetap di tanah air ini, diberikan ruang untuk berniaga, diberikan peluang untuk berkerja namun kini ianya seolah-olah sudah terbalik. Bangsa Melayu pula sekarang ini menjadi golongn yang terpaksa merayu dan meraih simpati.
Maruah bangsa Melayu dan maruah peripadi sudah tiada lagi. Dahulu kita yang tuan, tetapi kini kita bertuankan bangsa lain. Generasi Melayu kini terpaksa merintih semata-mata untuk terus hidup di bumi ini. Kita sudah tidak segan silu untuk meminta pertolongan bangsa lain, meminta sumbangan, memohon diberikan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Lihatsahaja di sekeliling kita, berapa buah kedai milik bangsa kita berbanding bangsa lain? Tanah siapakah yang kita pijak? Siapakah majikan kita?Apakah yang masih ada pada kita?
Rangkap kedua terakhir berbunyi, kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri...
Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain dikuasai bangsa lain.
Sejarah telah banyak membuktikan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu dan ekonomi. Ilmu dan ekonomi inilah bakal penentu kepada penguasan politik yang seterusnya akan untuk menguasai sesebuah negara. Apakah kita sudah bersedia untuk kembali bangkit, satukan hati-hati kita dalam usaha memulih kembali harga diri dan maruah bangsa? Ingatlah, kini kita sudah tiada masa. Kita harus maju ke hadapan dengan gagah perkasa agar Melayu terus gagah di Nusantara dan di mata dunia...
Bangkitlah wahai bangsaku!
Nyayian Semangat Kumpulan 7.......
Kumpulan 7- Malaysia tanah airku....
Peace Malaysia, aman Malaysia.... jom Selamatkan Bangsa Kita...
Berdebarnye nak panjat menara.
Kumpulan 8.
Ini dia ustad kita yang jadi imam setiap subuh dan magrib...caya la ustad
Masa untuk berposing....dah habis dah segala aktiviti
Sewaktu turun dari gunung 'Alor Gajah'....
Yahhhhhhhhh dah sampai dah berjaya akhirnya...amin syukur alhamdullilla.
Kenangan bergambar di rumah tamu kenamaan.
ini dia wirawan dan wirawati kumpulan 8....
masanie tengah menahan sesuatu....?
Hisyam, azizah, kak chik, rasilah dan faizal..
Imah, su, azizah, kak chik, nurul dan fizi..
Kenangan dengan Hisyam (KK Jempul) dan Rasilah (jurutera POLI. JB).
"Wahai tenteraku ingatlah perjuangan nenek moyang kita agar kemerdekaan kita tidak dicabuli lagi ok......"
Merdeka, merdeka, merdeka
"Ahli kumpulan 7 cepat sikit la...lembab la korang nie...terhegeh-hegeh"...............
ini dia manusia zaman batu yang baru keluar dari gua..... dorang sengeh2 pelik la...
Lihat la kumpulan ku..semuanya mempunyai bentuk badan yang fleksible...sebab tu sekecil mana pun lubang gua kami boleh keluar..caya la
Ini dia pasukan kumpulan 8...lupadah nama kumpulan nie..tapi yang pasti yang paling kiri tu USTAD tu........Assalammualaikum Ustad.
Ini dia otai kumpulan tujuh....semangat, kuat, gagah, itu dia....Malaysia boleh.
Lihatlah dunia bahwasanya rakyat Malaysia boleh memanjat dinding 'Alor gajah' negara lain mana boleh buat beb........cayala...
Setelah penat mendaki Gunung tertinggi di Alor gajah akhirnya berjaya di garisan penamat. Lihatlah dunia wirawan dan wirawati negara. Golongan inilah yang bagus untuk dijadikan contoh.
Cuba teka sape marah sape nie.....jurulatih marah peserta atau peserta marah jurulatih?...lambat la tu....